fbpx

Saya tak bersalah, mengapa SPRM layan saya seperti penjenayah? – Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Mahathir.

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempersoal tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi layanan kepadanya umpama penjenayah walaupun beliau tidak disiasat di bawah mana-mana kes.

Dr. Mahathir dalam kenyataan berkata, SPRM telah menghantar satu notis kepada anaknya, Mirzan Mahathir yang menyatakan bahawa satu kesalahan telah dilakukan di bawah Seksyen 23 berkaitan nombor aduan IPJ/RPTNO/0477/2023.

“Setakat saya tahu saya tidak pernah disiasat. Tetapi notis SPRM menyatakan saya melakukan kesalahan,” katanya.

Dr. Mahathir dalam masa sama turut menggesa SPRM agar menunjukkan bukti sekiranya beliau memiliki berbillion ringgit seperti yang didakwa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, sehingga kini, Anwar masih belum mengemukakan sebarang bukti mengenai dakwaan tersebut walaupun sudah setahun berlalu.

“Saya sendiri tidak tahu saya memiliki berbillion ringgit. Oleh itu saya telah saman Anwar Ibrahim supaya menunjuk bukti yang saya memiliki berbillion ringgit.

“Saman dibuat lebih satu tahun dahulu. Hingga sekarang Anwar tidak dapat tunjuk bukti. Ini bermakna hingga sekarang saya belum didapati bersalah. Jika SPRM ada bukti tunjuklah,” jelasnya.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir turut mempersoal mengapa akuan bersumpah (SD) bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid terhadap Anwar tidak ditarik balik sekiranya Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu didapati tidak bersalah.

“Berkenaan dengan akuan bersumpah oleh Datuk Murad, walaupun Anwar tidak didapati bersalah, kenapa akuan bersumpah Datuk Murad tidak ditarik balik.

“Apakah isteri dan anak-anak Anwar diarah menjelaskan semua harta mereka?

“Demikian juga dengan kes Azam Baki. Kenapa adiknya tidak disiasat rapi seperti yang berlaku terhadap anak saya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI