fbpx

Sarawak tunggu arahan untuk bawa keluar pelajar dari Asia Barat 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abang Johari ditemui selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Seri Naroden Majais, hari ini.

KUCHING –  Kerajaan Sarawak akan membawa keluar pelajar dari negeri ini yang berada di Asia Barat sebaik menerima arahan daripada Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), susulan konflik antara Iran dengan Israel.

Premier Datuk Patinggi, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ketika ini pihaknya sedang menunggu arahan daripada kedua-dua kementerian berkenaan berhubung perkara itu.

“Kita sekarang menunggu nasihat daripada Kementerian Luar Negeri dan KPT sama ada keadaannya berbahaya atau tidak untuk membawa balik pelajar.

“Kalau mereka memberikan pandangan bahawa pelajar kita yang ada di Asia Barat hendaklah dibawa keluar, maka kita akan mengikuti arahan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Seri Naroden Majais di sini, hari ini.

Menurut Abang Johari, terdapat ramai pelajar dari Sarawak berada di Asia Barat ketika ini terutama di Jordan dan Mesir.

“Di Mesir, kita mempunyai ramai pelajar yang mengikuti jurusan perubatan di bandar Alexandria selain kursus agama di Universiti Al-Azhar. Selain itu, ramai juga yang berada di Jordan,” katanya.

Justeru, beliau berkata Kerajaan Sarawak sedang berhubung dengan Kementerian Luar Negeri menerusi Pengarah Wilayah Sarawak, Fenny Nuli untuk mendapatkan perkembangan berhubung situasi di situ.

Ketika ini, konflik antara Iran dan Israel menjadi tumpuan antarabangsa selepas Iran melancarkan serangan misil dan dron ke atas Israel.

Ia susulan serangan Israel ke atas bangunan konsulatnya di Damsyik, Syria pada 1 April lalu yang membunuh tujuh pegawai tentera Revolusi Iran termasuk dua jeneral tertingginya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI