fbpx

Kolam selam tempur dijangka siap Jun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PROJEK kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing yang mengalami kelewatan pembinaan sebanyak enam kali yang dikongsikan Sultan Ibrahim.

ISKANDAR PUTERI – Projek pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing yang mengalami kelewatan dijangka siap pada Jun ini.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, projek pembinaan itu sebelum ini telah diberikan lanjutan tempoh masa (EOT) sebanyak enam kali sejak 2020.

Katanya, pihaknya sudah berhubung dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang mengelolakan projek tersebut dan dimaklumkan ia akan disiapkan sepenuhnya, Jun ini.

Tambahnya, kerajaan negeri akan memantau kemajuan projek tersebut secara lebih dekat bagi memastikan ia dapat disiapkan mengikut jadual dan tiada isu kelewatan.

“Di peringkat kerajaan negeri, kami menjunjung kasih atas keprihatinan Tuanku (Yang di-Pertuan Agong) melihat projek-projek infrastruktur yang melibatkan agensi-agensi supaya dapat dilakukan cepat dan tuntas.

“Dalam kes di Mersing ini, saya difahamkan sudah EOT sebanyak enam kali sejak 2020. Saya juga telah berhubung dengan JKR dan menyatakan projek itu dijangka siap Jun ini, kita akan pantau secara dekat.

Onn Hafiz (tengah) menyempurnakan pengiktirafan Malaysia Book of Records bas elektrik pertama yang merentasi sempadan di Medini Mall, Iskandar Puteri.

“Saya juga melihat banyak projek-projek yang terpaksa dilanjutkan tempoh, dari segi pengurusan kena ada pemantauan lebih baik supaya kos tidak meningkat dan projek dapat diselesaikan dalam tempoh masa ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Perkhidmatan Bas Elektrik Rentas Sempadan Pertama antara Malaysia-Singapura Melalui Tambak Johor di sini hari ini.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memerintahkan pihak bertanggungjawab yang membina kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing menjelaskan punca kelewatan pembinaan berkenaan.

Sultan Ibrahim bertitah, kolam itu sepatutnya siap sepenuhnya pada Disember 2022, namun sehingga kini ia masih dalam pembinaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI