fbpx

Hafizul baru seminggu pulang dari Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shuhaily (dua dari kiri) memeriksa sepucuk pistol jenis Glock 19 Austria dipercayai digunakan oleh suspek semasa melepaskan tembakan di KLIA Terminal 1, Sepang kelmarin. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

KOTA BHARU – Hafizul Harawi, 38, yang ditahan di depan sebuah hospital swasta di sini baru seminggu pulang dari Arab Saudi sebelum bertindak melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, siasatan mendapati, suspek pulang dari Arab Saudi dan terus Bangkok, Thailand sebelum masuk ke negara ini melalui Kelantan.

Menurutnya, siasatan mendapati, lelaki itu kemudiannya membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Pakar Perdana di sini sebaik sahaja masuk ke negara ini.

“Berdasarkan rekod perjalanan suspek, dia pulang dari Arab Saudi ke Bangkok seminggu sebelum kejadian. Suspek kemudiannya masuk ke negara ini melalui Kelantan.

“Ketika berada di negeri ini, dia membuat pemeriksaan kesihatan di hospital berkenaan. Dia sudah membuat pemeriksaan dan akan memgambil laporan di hospital berkenaan semalam. Jadi, dia sebenarnya sudah ada di sini sebelum kejadian tembakan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sin hari ini.

Mohd. Shuhaily bagaimanapun tidak mendedahkan tujuan suspek ke Arab Saudi seminggu sebelum lelaki itu melepaskan tembakan di KLIA Terminal 1.

Menurutnya, siasatan mendapati, suspek tidak pulang ke rumahnya dan tidak bertemu dengan sesiapa selepas kejadian tersebut, sebaliknya dia terus memandu kereta seorang diri ke Kelantan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI