fbpx

Atikah Suhaime kekok ‘gendong’ gelaran datin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Atikah Suhaime berasakan tidak layak menggalas gelaran datin memandangkan dirinya berasal dari Singapura.

PETALING JAYA – Tiga bulan bergelar isteri kepada usahawan, Datuk Lokman Teh, pelakon Atikah Suhaime mengakui masih kekok untuk membiasakan diri dengan gelaran datin.

Mengerti status dibawa terlalu besar, Atikah atau nama lengkapnya Nur Atikah Mohd. Suhaime, 33, berkata, dirinya terlalu kerdil untuk menggunakan gelaran tersebut.

“Sejujurnya buat masa sekarang memang masih ada rasa sedikit kekok sebab itu satu gelaran yang bukan semua orang boleh dapat.

“Suami kita pula sudah capai pelbagai kejayaan dalam karier sehingga layak dapat gelaran datuk, jadi saya rasa tak setaraf dengannya.

“Apatah lagi saya pula asal Singapura, ramai lagi orang Malaysia yang lebih layak untuk dapat gelaran itu,”katanya kepada Kosmo! Online, baru-baru ini.

Pun begitu, pelakon filem Tantiana itu menganggap status digalas sebagai motivasi buat dirinya untuk berbakti kepada masyarakat.

“Saya masih lagi sesuaikan diri, panggilan ini buat saya lebih bersemangat untuk memberi sesuatu semula kepada orang lain.

“Saya pun kena kejar (kejayaan) suami saya, jadi agak sedikit tertekan di situ,” ujarnya panjang lebar.

Berbeza pandangan dalam bidang perniagaan pula, Atikah mengakui panggilan tersebut sangat penting apabila

“Kalau dengan kawan-kawan tak payah pun panggil datin tapi kalau dari segi kerja, saya rasa panggilan itu perlu.

“Sebab saya ada pengalaman terutama bab perniagaan, mereka lihat saya macam budak dan tidak tahu apa-apa.

“Tapi apabila ada yang panggil datin terus pandangan mereka berubah. Dari segi kerja itu penting untuk dapatkan rasa hormat itu,” dedahnya.

Atikah dan Lokman yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif produk tempatan terkemuka, Zaitun dan mereka mendirikan rumah tangga pada Januari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI