fbpx

Kejayaan satukan keluarga Nadir Al-Nuri bukti keprihatinan Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Nadir Al-Nuri bersama tiga anaknya menyambut Hari Raya Aidilfitri minggu lalu. - Foto Facebook Muhammad Nadir Al-Nuri

PUTRAJAYA – Kejayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatukan keluarga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman disifatkan sebagai satu bentuk keprihatinan kerajaan terhadap rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, kejayaan itu menzahirkan keprihatinan tinggi Anwar kepada kebajikan rakyat selain daya kebijaksanaan kepimpinan beliau yang cukup dihormati dunia.

Katanya, keadaan itu seterusnya membolehkan misi besar menyatukan keluarga Nadir Al-Nuri yang sebelum ini berada di Palestin telah terlaksana dengan jayanya.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesungguhan Perdana Menteri sehingga berjaya menyatukan keluarga Nadir Al-Nuri.

“Kami juga menyeru semua pihak untuk terus bersama-sama dengan Perdana Menteri bagi menyatakan solidariti kepada perjuangan menuntut keamanan dan kesejahteraan negara Palestin,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Terdahulu, Nadir Al-Nuri menyifatkan Perdana Menteri sebagai watak utama dalam ‘misi gila’ bagi membawa pulang keluarga yang terkandas di Rafah pulang ke tanah air. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI