fbpx

Trafik masih sesak dari Bentong ke ibu kota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesesakan masih berlaku di lebuh raya walaupun sudah memasuki hari kelima perayaan Aidilfitri. Foto MEDIA SOSIAL BEN HASIM

PETALING JAYA – Lebuh Raya KL-Karak @ E8 dari arah barat masih mengalami kesesakan trafik ketika ini.

Keadaan itu berlanjutan sejak Jumaat lalu berikutan masih terdapat sebahagian orang ramai yang pulang ke ibu kota selepas bercuti sempena Hari Raya Aidilfitiri.

Menerusi kenyataan Lembaga Lebuhraya (LLM), trafik sesak dari KM69.6 hingga Plaza Tol Bentong berikutan pertambahan trafik.

“Dari Plaza Tol Bentong hingga KM49.1 iaitu menghala ke Bukit Tinggi, turut mengalami kesesakan sejauh 12.7 kilometer,” kata kenyataan itu.

Bagi Lebuh raya Pantai Timur (LPT 1) katanya, trafik lancar di sepanjang lebuh raya di kedua-dua hala.

Sementara itu menerusi tinjauan Kosmo! di media sosial, rata-rata pengguna lebuh raya mengeluh terpaksa menempuh kesesakan walaupun sudah memasuki hari raya yang kelima.

“Balik Isnin ingat tak sesak. Sama juga rupanya,” ujar seorang lagi pengguna.

“Lama gila. Memang kematu dalam kereta. Sesak teruk dari sebelum Lanchang sampai lepas Tol Bentong yang ada Petronas, lepas tu lengang,” kongsi @pija_aaziz.

“Kat Bentong tu memang wajib. Bayangkan lorong tol ada 10, keluar je tol kena had kan dua lorong ja. Memang terkandas situ berjam-jam,” luah @cozydaizyday. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI