fbpx

Lelaki ditemui lemas selepas 18 jam hilang ketika mandi sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi di Sungai Pagalan semalam, ditemui lemas pagi tadi. -Foto JBPM

KENINGAU – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi di Sungai Pagalan semalam, ditemui lemas pagi tadi .

Mangsa dikenali sebagai Mexweddle Patrick, 30, ditemui pada pukul 7.41 pagi oleh orang awam.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit pada pukul 5.56 pagi.

“Sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau diketuai Pegawai Bomba Kanan II,  Herwin Hanafiah, terus dikerah ke lokasi kejadian.

“Mangsa akhirnya ditemui orang awam dan, disahkan sudah meninggal dunia. Anggota bomba kemudiannya membantu mengambil mayat mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI