fbpx

Timbalan Menteri bersama enam lagi selamat, rumah ranap terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Bomba Sukarela Bario bersama-sama anggota tentera memadam sisa kebakaran yang meranapkan rumah Gerawat Gala, sementara anggota BBP Marudi menjalankan siasatan kebakaran di lokasi kejadian.

MARUDI – Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala bersama-sama enam orang lagi sempat menyelamatkan diri apabila rumahnya di Kampung Pa’ Umor, Bario musnah terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi Maureen Sim Ah Lian berkata, kejadian dilaporkan pada pukul 1.40 tengah hari semalam dan pihaknya segera mengarahkan Pasukan Bomba Sukarela Bario ke lokasi disebabkan jarak BBP Marudi ke lokasi kejadian sejauh 460 kilometer atau memakan masa 20 jam laluan darat dan menggunakan jalan balak (bergantung kepada cuaca).

“Penduduk kampung, pihak polis dan Pasukan Bomba Sukarela telah berusaha untuk mengawal dan memadam kebakaran namun rumah tersebut terbakar sepenuhnya dan tiada yang dapat diselamatkan.

“Bagaimanapun, kesemua penghuni selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah, pasukan BBP Marudi bergerak ke lokasi kejadian menggunakan helikopter bomba untuk melakukan pengesahan dan siasatan.

Sementara itu, katanya enam orang anggota dari Persatuan Bomba Sukarela Bario memadam sisa-sisa api yang masih terbakar sehingga padam sepenuhnya, dengan dibantu 20 orang anggota Tentera Darat Malaysia menggunakan dua aliran 700 kaki air daripada pili bomba terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI