fbpx

Pasangan suami isteri maut kereta dinaiki bertembung pacuan empat roda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sepasang suami isteri maut selepas kereta dinaiki terbabit bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan di Bukit Kelawat, Jalan Kota Belud malam tadi. -Foto JBPM

KOTA BELUD – Sepasang suami isteri maut selepas kereta dinaiki terbabit bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan di Bukit Kelawat, Jalan Kota Belud malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai Khaysar Abdul, 28, dan isterinya, Siti Emma Ernani Asmada, 28, mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada pukul 7.42 malam sebelum seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud digerakkan ke tempat kejadian yang terletak kira-kira 16 kilometer dari balai.

“Kemalangan membabitkan keteta jenis Proton Wira dan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Revo.

“Terdapat dua mangsa tersepit dalam Proton Wira. Kedua-dua mangsa kemudian dikeluarkan oleh pasukan bomba dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, kedua-dua mangsa diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan pemandu dan penumpang Toyota Revo dilaporkan selamat.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI