fbpx

Kapsyen ‘mengundang’, isteri Noh hamil?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GARA-GARA kapsyen 'Aidil-fit-three, ramai menyangkakan isteri Noh Salleh iaitu Athira hamil.

PETALING JAYA – “Aidil-fit-three.”

Demikian kapsyen pada gambar hari raya dimuat naik isteri penyanyi Noh Salleh, Fatin Athira Mustapa dalam hantaran Instagram yang mengundang spekulasi.

Gara-gara menyebut ‘three’ atau tiga, ramai pengikut laman sosial menganggap wanita usia awal 30-an terbabit memberi bayangan dirinya sudah berbadan dua.

Biarpun Athira menyatakan foto berkenaan dikongsi bagi menunjukkan persalinan pada 3 Syawal, masih ramai melayangkan ucapan tahniah kepada pasangan terbabit.

“Tahniah, bakal menerima orang baharu,” kata seorang pengikutnya.

“Three? Jeng jeng jeng,” tulis seorang netizen.

“Akhirnya, anak sendiri tidak lama lagi,” ujar peminat.

“Wah, sudah bertiga ni,” kata pemilik akaun Instagram lain.

Terdahulu, peguam terbabit berkongsi kegembiraan meraikan lebaran di kampung suaminya di Kuching, Sarawak pada hari raya ketiga.

Berlatar belakang sebuah banglo kampung yang cantik, mereka berdua menggayakan pakaian tradisional sedondon warna krim cair.

Vokalis Hujan itu tampak segak mengenakan baju Melayu lengkap samping dan bersongkok, manakala Athira menggayakan kurung moden.

Begitupun, isteri Noh tidak membalas komen berhubung tanggapan ramai mengenai sambutan Aidilfitri bertiga itu.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 23 September 2023.

Sebelum ini Noh pernah berkahwin dengan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina pada 2 Julai 2011namun bercerai Ogos tahun lalu.

Mereka mempunyai seorang anak angkat yang diberikan nama Musa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI