fbpx

‘Tidak mahu layan kenyataan itu’ – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika menyantuni orang ramai yang hadir Konvensyen Antarabangsa Dr. Ambedkar ke-55 dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri di IDCC Shah Alam. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

SHAH ALAM – “Saya tidak mahu melayan kenyataan seumpama itu (isu menteri bodoh),” tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mengulas isu Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhammad Akmal Saleh yang menyatakan ekonomi negara menjadi teruk kerana ada menteri seperti Nga Kor Ming.

Menurut Anwar, kenyataan itu dianggap tidak bersesuaian dengan konteks pentadbiran kerajaan ketika ini.

“Bagi saya, ia tidak proper (betul) dalam konteks Kerajaan Perpaduan.

“Kami kerja bersama-sama,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen Antarabangsa Dr. Ambedkar kelima dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, petang ini.

Semalam, media melaporkan DAP Perak menyifatkan Dr. Muhammad Akmal menggunakan taktik menyerang tanpa asas selepas tidak mampu menyangkal fakta yang dikemukakan berhubung pencapaian menteri DAP dalam Kerajaan Perpaduan.

Penolong Setiausaha Publisitinya, Jenny Choy Tsi Jen berkata, Muhammad Akmal mendakwa Kor Ming yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyebabkan ekonomi negara teruk, namun fakta menunjukkan sebaliknya.

Ini kerana faktanya ialah KPKT mendapat Penarafan Malaysian Government Performance Index (MyGPI) Tahun 2022-2023 Kategori Platinum.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai sama ada calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu sudah dimuktamadkan, kata Anwar, perkara berkenaan akan dibincangkan kelak.

“Pasal PRK itu, kita juga akan bincang nanti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI