fbpx

BAC 2024: Sze Fei-Izzuddin naib juara Asia 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEREGU negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin terpaka akur selepas tumpas di tangan gandingan ranking No. 3 dunia, Liang Wei Keng-Wang Chang di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China .

KUALA LUMPUR – Impian beregu lelaki negara, Goh Sze Fei- Nur Izzuddin Rumsani untuk melakar kejutan menjulang gelaran Asia pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 gagal terlaksana selepas tumpas di tangan gandingan ranking No. 3 dunia, Liang Wei Keng-Wang Chang hari ini.

Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada gandingan negara itu apabila memberi tentangan sengit kepada beregu dari China tersebut selepas mengheret perlawanan ke rubber set sebelum tumpas 17-21, 21-15, 10-21 dalam tempoh satu jam empat minit di Ningbo, China.

Pada aksi final tersebut, Sze Fei-Izzudin mempamerkan aksi cukup matang pada awal permainan set pertama apabila dilihat kurang melakukan kesilapan dan memberi tekanan kepada gandingan China tersebut.

GANDINGAN beregu lelaki No. 3 dunia, Liang Wei Keng-Wang Chang (baju hitam) menjulang gelaran di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China – Badminton Asia

Sze Fei-Izzudin pada mulanya menguasai perlawanan dengan 4-1 namun kedudukan tersebut tidak bertahan lama sebelum dikejar rapat gandingan China itu yang bangkit menguasai perlawanan 11-10.

Biarpun Sze Fei-Izzudin memberi saingan sengit namun strategi mereka tidak berjaya apabila Wei Keng-Wang Chang yang merupakan juara Terbuka Malaysia 2024 itu kembali agresif sebelum mencatat kemenangan 21-17 pada set pertama.

Tersentak dengan keadaan tersebut, Sze Fei-Izzuddin kembali mengatur rentak dan menutup segala ruang terhidang untuk memastikan set kedua menjadi milik mereka sejurus mengatasi Wei Keng-Wang Chang dengan keputusan 21-15 sekali gus mengheret perlawanan tersebut ke rubber set .

Masuk ke set ketiga, segalanya berubah apabila Wei Keng-Wang Chang terus agresif dan tidak membiarkan gandingan Malaysia itu bangkit sebelum menang dengan keputusan 21-10.

Kekalahan Sze Fei-Izzuddin terus mengheret kemarau kemenangan buat beregu lelaki negara di BAC kerana kali terakhir Malaysia muncul juara beregu lelaki di pentas tersebut adalah menerusi gandingan Choong Tan Fook-Lee Wan Wah pada edisi 2007.

Pastinya kekalahan di pentas pasti membakar semangat gandingan negara itu untuk mencari kemenangan pertama mereka tahun ini kerana tahun lalu mereka telah menjulang tiga gelaran iaitu di Terbuka Yonex Amerika Syarikat, Victor Kaohsiung Masters (Taiwan) dan Abu Dhabi Master, Emiriah Arab Bersatu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN