SEPANG – Pengoperasian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 beroperasi seperti biasa selepas kejadian tembakan, awal pagi tadi.
Tinjauan Kosmo! di terminal berkenaan sejak pagi hingga pukul 2 petang tadi mendapati ia sangat terkewal.
Selain itu, aktiviti penumpang berjalan seperti biasa dan tiada sebarang kelewatan atau penangguhan penerbangan.
Turut kelihatan pihak keselamatan lapangan terbang berkenaan juga turut membuat kawalan di kawasan itu. – KOSMO! ONLIN