fbpx

Isteri suspek tembak KLIA sedang mengandung, dalam proses cerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shuhaily ketika meninjau lokasi kejadian tembakan di Balai Ketibaan KLIA Terminal 1, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Isteri kepada suspek tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dikatakan sedang hamil dan mereka dalam proses perceraian.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, kedua-dua mereka (mangsa dan suspek) mempunyai syarikat agensi pelancongan dan keberadaan isteri di KLIA itu adalah untuk menyambut kepulangan jemaah umrah yang baru pulang, pagi tadi.

“Itu pertalian antara mangsa dan suspek. Kita difahamkan sebegitu (dalam proses bercerai).

“Ya, (mangsa sedang mengandung) pada peringkat awal kehamilan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI