fbpx

Lelaki amuk, tikam mati 6 pengunjung pusat beli-belah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis memasuki sebuah pusat beli-belah di Persimpangan Westfield Bondi, Sydney, hari ini. - AFP

SYDNEY – Seorang Inspektor polis wanita menembak mati penyerang bersenjata pisau yang menyebabkan enam orang terbunuh dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah, hari ini.

Sebilangan mangsa lain turut cedera termasuk seorang ibu dan bayinya.

Serangan berlaku di pusat beli-belah di Persimpangan Westfield Bondi pukul 4 petang (waktu tempatan).

Motif serangan masih belum jelas tetapi polis Australia berkata, penyerang dipercayai bertindak bersendirian dan tiada ancaman berterusan.

Dalam kejadian itu, inspektor polis itu telah menyelamatkan keadaan apabila menembak suspek dan menyelamatkan pengunjung lain yang cedera.

Satu rakaman dramatik menunjukkan polis itu bergegas memasuki sebuah pusat beli-belah belah yang sibuk dan menembak mati seorang lelaki bersenjatakan pisau selepas penyerang mengamuk serta menikam sebilangan pengunjung.

Pegawai polis yang identitinya tidak didedahkan namanya itu kemudian memberikan bantuan pernafasan (CPR) kepada beberapa mangsa sementara menunggu bantuan tiba.

Keberaniannya mendapat pujian daripada monarki Britain, Putera William.

Seorang jurucakap Perkhidmatan Ambulans New South Wales berkata, lapan orang dibawa ke hospital sementara beberapa mangsa lagi berada dalam keadaan kritikal.

Beberapa saksi memberitahu, berlaku situasi panik di lokasi kejadian dengan pengunjung bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri, manakala polis berusaha mengembalikan keselamatan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI