fbpx

Sainz makin hampir sertai Mercedes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINZ dikatakan bakal ditawarkan kontrak selama dua tahun untuk menyertai Mercedes musim depan. – AFP

LONDON – Mercedes berhasrat untuk mengukuhkan cengkaman mereka dalam kancah perlumbaan Formula Satu (F1) selepas dikatakan telah menghubungi Carlos Sainz untuk menggantikan tempat Lewis Hamilton bagi musim 2025.

Hamilton sebelum ini mengesahkan akan meninggalkan Mercedes hujung musim ini dan lebih menarik apabila beliau mengambil alih tempat Carlos Sainz di Ferrari.

Spekulasi tersebut timbul selepas Fernando Alonso yang sebelum ini dikaitkan bakal me­nyertai Mercedes diumumkan kekal bersama Aston Martin pada musim 2025.

Menurut laporan akhbar Itali, Gazzetta dello Sport, perbinca­ngan antara Sainz dan Mercedes sedang berjalan, malah pasukan itu turut dikatakan sudah sedia dengan kontrak perjanjian dua tahun untuk bergandingan bersama George Russell musim depan.

Sainz yang tidak terikat de­ngan sebarang kontrak bagi musim 2025 tidak menolak kemungkinan berpindah ke Mercedes atau pasukan lain.

“Kami telah melakukan perbincangan dengan beberapa pasukan kerana itulah yang perlu dilakukan oleh pengurusan dan saya sendiri. Ini kerana saya belum mempunyai tempat atau pekerjaan tahun depan.

“Jadi, kami telah melakukan perbincangan dengan semua pihak. Kami akan membuat pilihan yang lebih realistik dan keputusan terbaik demi masa depan saya.

“Satu-satunya perkara yang saya ingin katakan adalah sudah tiba masanya sekarang mempercepatkan proses tersebut sebelum memberi tumpuan kepada musim 2025 yang lebih mencabar,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI