fbpx

‘Saya akan teliti laporan dan laksanakan syor secepat mungkin’ – Zulkifli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli

PUTRAJAYA – “Saya akan pastikan setiap sen wang zakat yang dipungut di Wilayah Persekutuan akan dimanfaatkan kepada lapan golongan asnaf yang ditetapkan syarak.

Itu jaminan diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri susulan Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 1 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

Zulkifli menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, beliau sudah meneliti dan mengambil maklum laporan audit itu khususnya perbelanjaan menggunakan agihan wang zakat oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

“Saya juga ingin menegaskan bahawa ini adalah satu tanggungjawab saya kepada umat Islam di Wilayah-wilayah Persekutuan, jua amanah daripada Allah S.W.T kepada saya yang baharu memegang jawatan ini.

“Saya akan memastikan amanah dan kepercayaan pembayar zakat dapat dipenuhi dengan sebaik mungkin,” katanya.

Zulkifli berkata, segala syor yang dikemukakan dalam laporan audit itu akan dilaksanakan secepat mungkin.

Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 1 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam mendedahkan sebanyak RM14.73 juta wang zakat tahun lalu bagi asnaf fisabilillah tidak digunakan oleh MAIWP bagi tujuan sepatutnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI