PETALING JAYA – Usai sudah menyambut hari kemenangan umat Islam Hari Raya Aidilfitri, kini tiba masanya golongan perantau pulang ke ibu kota.
Ramai pengguna lebuh raya berkongsi pengalaman menempuh kesesakan lalu lintas di Lebuh Raya Karak menghala ke Kuala Lumpur.
Ada pengguna media sosial yang berkongsi pengalaman ‘perit’ berdepan kesesakan selama berbelas jam di atas jalan raya.
Seorang pengguna Instagram @kartikarazali berkongsi pengalaman tersangkut dalam kesesakan selama hampir 17 jam untuk pulang ke Selangor dari Tumpat, Kelantan.
“Pukul 10 pagi dari Tumpat sampai di Kajang pukul 2.30 pagi. Selepas 16 jam setengah baru sampai Kajang,” tulisnya di ruangan komen.
Memasuki hari keempat sambutan Syawal, sudah pasti bilangan kenderaan di atas jalan raya semakin meningkat berikutan cuti yang hampir tamat.
“Pukul 2.30 petang dari Alor Setar sampai pukul 3.30 pagi di Raub, Pahang” kata Hqzreenqzmqn.
“Nasib la aku baru sampai. Terpaksa lalu Karak lama. Alhamdulillah tiada apa berlaku,” ujar Real_amirul. – KOSMO! ONLINE