PETALING JAYA – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menafikan dakwaan bahawa wujudnya wang royalti Kelantan dan Terengganu berjumlah berbilion ringgit dimasukkan ke dalam akaun Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau yang juga Ketua Penerangan PKR berkata, laporan polis serta aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan dilakukan segera terhadap individu yang menyebar fitnah jahat tersebut.
“Ada individu muat naik posting palsu dan fitnah yang amat jijik.
“Keadilan menerbitkan akaun setiap kali Kongres diadakan, dan akaun tersebut diaudit juruaudit bertauliah.
“Tidak pernah ada jumlah seperti yang dituduh itu masuk ke dalam akaun Keadilan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. – KOSMO! ONLINE