fbpx

BAC 2024: Zii Jia tewas mudah di tangan Jonatan Christie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LANGKAH perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China tersekat di suku akhir.

KUALA LUMPUR – Langkah perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China tersekat di suku akhir selepas tumpas di tangan pemain Indonesia, Jonatan Christie hari ini.

Zii Jia yang turun selaku pemain pilihan kelapan kejohanan dilihat sedikit goyah dalam set pertama perlawanan selepas melakukan beberapa kesilapan sebelum tumpas 11-21.

Hasrat Zii Jia untuk bangkit pada set kedua dilihat serba tidak menjadi apabila Christie yang juga merupakan pemain pilihan ketiga kejohanan tersebut terus mendominasi perlawanan tersebut sebelum mencatat kemenangan 21-6.

Aksi kurang memuaskan yang ditampilkan Zii Jia menimbulkan reaksi kurang enak peminat badminton Malaysia selepas pemain profesional negara itu baharu disenaraikan untuk mewakili negara ke Piala Thomas nanti.

Bagaimanapun, harapan peminat negara sedikit terubat apabila Malaysia akan mengesahkan tempat ke final BAC 2024 sejurus dua beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani akan berentap esok dalam aksi separuh akhir.

Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir selepas tampil dengan aksi terbaik sejurus melakar kemenangan straight set ke atas beregu tuan rumah Yu Chen-Ou Xuan Yi 21-14, 21-15.

Sementara itu, Sze Fei-Nur Izzuddin menampil persembahan terbaik mereka apabila mengatasi gandingan dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi-Lin 19-21, 21-19, 21-19.  -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI