fbpx

Anwar hadir jamuan raya di Masjid Bandar Utama Batang Kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar beramah mesra bersama penduduk pada jamuan hari raya di pekarangan Masjid Bandar Utama Batang Kali, Hulu Selangor. - Foto Facebook Anwar Ibrahim

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hadir ke jamuan hari raya bersama-sama ribuan penduduk di pekarangan Masjid Bandar Utama Batang Kali, Hulu Selangor.

Anwar menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan, beliau turut menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut selepas makan tengah hari.

“Alhamdulillah hari ini hadir bersama-sama ribuan penduduk setempat untuk memeriahkan jamuan hari raya.

“Pastinya saya gunakan kesempatan ini untuk menjalin ukhuwah bersama rakyat dan bersalaman, beramah mesra serta bertanya khabar dengan warga Batang Kali.

“Terima kasih atas sambutan begitu meriah dan hidangan juadah seperti ayam, sate, lemang dan rendang yang menyelerakan,” katanya hari ini.

Beliau turut mengajak umat Islam mengambil iktibar daripada khutbah hari ini yang menasihatkan untuk meraikan Syawal dengan istiqamah dalam beramal dan tidak kembali kepada sikap lama ditinggalkan tatkala Ramadan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI