BANGKOK – Sebuah motosikal milik seorang pemuda berusia 23 tahun kehilangan roda belakang dipercayai akibat dicuri dalam kejadian di Pattaya, Thailand, lapor portal berita Pattaya Mail.
Ketika kejadian pada 8 April lalu, pemuda dikenali sebagai Thanakit Churai dan isterinya yang hamil hendak menaiki motosikal mereka di sebuah kawasan perumahan kerajaan, namun mendapati tayar belakangnya hilang.
Mereka melaporkan kecurian itu kepada pihak berkuasa.
Kecurian itu dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
Thanakit turut menyatakan kekecewaannya berhubung kejadian itu.
Pencuri roda motosikal itu masih bebas dan gagal ditangkap oleh pihak berkuasa. – AGENSI