fbpx

Takut beraya bimbang terserempak beruang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH seekor beruang matahari yang dikesan berkeliaran di Kampung Che Lijah, Dungun baru-baru ini.

DUNGUN – Kira-kira 1,000 penduduk Kampung Che Lijah, di sini beraya dalam kebimbangan berikutan kehadiran dua ekor beruang matahari yang berke­lia­ran di perkampungan mereka sejak sebulan lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Che Lijah, Ibrahim Senik berkata, kehadiran binatang buas itu menyebabkan penduduk kampung takut untuk keluar pada waktu malam.

“Kebanyakan penduduk kampung tidak berani keluar beraya pada waktu malam kerana bimbang terserempak dengan beruang matahari.

“Penduduk yang pernah terserempak dengan dua haiwan liar itu percaya ia merupakan ibu ber­sama anaknya,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Ibrahim berkata, setakat ini beruang matahari terbabit tidak mencederakan sesiapa, tetapi telah merosakkan banyak pokok kelapa milik penduduk.

Ujarnya, dalam kejadian ter­akhir beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri, lima pokok kelapa tumbang dirosakkan dua beruang matahari terbabit.

“Kami telah membuat aduan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara serta perangkap pun sudah di­pasang baru-baru ini.

“Begitupun setakat ini masih belum berhasil lagi. Harap ancaman beruang matahari tersebut akan berakhir segera,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI