fbpx

Maut badan tersepit antara dua lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa yang maut akibat tersepit antara dua buah lori di R&R Kulai, hari ini.

KULAI – Seorang pemandu lori berusia 59 tahun maut selepas tersepit antara dua buah lori di Kawasan Rehat dan Rawat Kulai arah utara, dekat sini hari ini.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Abd. Malik Abd. Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 1.25 tengah hari, hari ini.

Jelasnya, enam anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati mangsa, Suhaimi Abd. Rahim, 59, tersepit antara dua buah lori melibatkan lori jenis Mitsubishi Fuso dan lori Hicom.

“Ketika kejadian, mangsa yang merupa pemandu lori Mitsubishi Fuso sedang cuba menyendal tayar lorinya dengan sebatang kayu bagi mengelakkan ia mengundur ke belakang kerana masalah brek.

“Mangsa bagaimanapun tersepit antara dua buah lori itu dan disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, anggota bomba kemudian mengeluarkan mangsa sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi tersebut kemudiannya ditamatkan pada pukul 2.21 petang.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI