fbpx

Hamzah dilantik Ketua Polis Pulau Pinang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran dan kenaikan pangkat melibatkan tiga pegawai kanan pasukan itu berkuat kuasa 13 Mei ini.

Mendahului senarai itu Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hamzah Ahmad.

Setiausaha PDRM, Deputi Komisioner Alzafny Ahmad berkata, Hamzah akan dilantik sebagai Ketua Polis Pulau Pinang baharu.

“Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Urus Setia Pejabat Ketua Polis Negara (KPN), Bukit Aman, Datuk Muhammed Hasbullah Ali pula dinaikkan pangkat sebagai Komisioner Polis (CP).

“Penolong Pengarah E6, Cawangan Khas Bukit Aman dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Jenayah Siber) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis (DCP),” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI