fbpx

Liga Europa: Liverpool pilih jalan sukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINTANG Atalanta, Mario Pasalic (kanan) berjaya menewaskan penjaga gol Liverpool, Caoimhin Kelleher untuk melengkapkan jaringan ketiga pada aksi suku akhir Liga Europa, awal pagi tadi. - AFP

LIVERPOOL – Hasrat besar Liverpool untuk menjuarai Liga Europa kini makin sukar selepas tunduk 0-3 kepada Atalanta pada aksi suku akhir pertama di Anfield, awal pagi tadi.

Bekas bintang West Ham United, Gianluca Scamacca menjadi duri dalam daging buat The Reds apabila menyumbangkan dua gol diikuti satu jaringan daripada Mario Pasalic sekaligus menghidupkan peluang buat Atalanta cipta sejarah baharu.

Melihat kepada penguasaan yang dipamerkan anak buahnya, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp masih menaruh keyakinan keputusan itu mampu diubah pada perhitungan kedua di gelanggang lawan, Jumaat ini.

“Saya akan menyaksikan semula perlawanan ini tetapi saya tahu jika kami melakukan perkara dengan bagus, kami pasti akan tampil lebih baik. Kemungkinan untuk menang aksi kedua tetap ada.

“Tetapi bolehkah kami menang 3-0? Saya sendiri tidak tahu namun pastinya ketika ini kami begitu kecewa dengan keputusan kali ini. Kami masih ada peluang tetapi jika kami ulangi persembahan seperti ini, sudah pasti peluang itu tidak akan hadir.

Berdasarkan rekod lepas, The Reds pernah mencipta kemenangan besar 5-0 di tempat lawan ketika aksi peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara pada November 2020.

Bagaimanapun, Klopp tidak menafikan kelemahan ketara pasukan terutamanya selepas gagal menyempurnakan beberapa peluang terbaik.

“Ia adalah perlawanan yang teruk, Atalanta pula bermain baik dan mereka berhak untuk menang dengan tiga gol. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI