fbpx

Polis kesan 8 lagi individu bergaduh di kasino Genting Highlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar kejadian pergaduhan di sebuah kasino di Genting Highlands di Bentong baru-baru ini.

KUANTAN – Polis giat mengesan lapan lagi individu yang terlibat dalam kes pergaduhan di sebuah kasino di Genting Highlands pada 6 April lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, setakat ini seramai empat lelaki ditahan dan telah dituduh di Mahkamah Majistret Temerloh.

“Melalui pemeriksaan lanjut terhadap kamera litar tertutup (CCTV), pihak polis mengesahkan terdapat lapan lagi individu yang terlibat dengan kejadian tersebut dan masih bebas.

“Orang ramai atau saksi bebas yang melihat kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dan memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan kesemua suspek,”katanya di sini hari ini.

Baru-baru ini Kosmo! melaporkan berlaku satu pergaduhan berlaku kira-kira pukul 4 pagi yang melibatkan dua kumpulan di Kasino Genting Club, Genting Highlands di Bentong.

Susulan itu juga empat lelaki warganegara tempatan berumur antara 23 hingga 50 tahun ditahan kerana terlibat dalam kejadian pergaduhan di dalam kasino berkenaan.

Menurut Yahaya empat suspek yang didakwa mengaku bersalah dan diikat jamin RM2,200 sementara menunggu sebutan semula kes pada 17 April depan.

Katanya, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan lapan lagi suspek diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis
berhampiran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI