LIPIS – Dua pengawal keselamatan maut selepas motosikal dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan di Kilometer 57, Jalan Lingkaran Tengah Utama (CSR) menghala ke Kuala Lipis di sini semalam.
Mangsa yang maut ialah penunggang motosikal, Mazuan Mat Zin, 44, dan pembonceng motosikal Kisnawita Saad, 46.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS-X bersama pasangannya dalam perjalanan dari Kuala Krai, Kelantan ke Sungai Buluh, Selangor.
“Setiba di tempat kejadian, penunggang motosikal lelaki dipercayai telah hilang kawalan lalu merempuh tembok simen pembahagi jalan menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak dari motosikal yang mereka naiki.
“Akibat kejadian kedua-dua mangsa yanhlg bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat di Damansara meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.-KOSMO! ONLINE