fbpx

Suami mati dalam rumah, isteri ditahan di Tanjung Rambutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abang Zainal Abidin

IPOH – Polis menahan seorang wanita warga asing bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat suaminya di sebuah rumah di Tanjung Rambutan kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, wanita berusia 37 tahun itu ditangkap pada hari sama mayat suaminya dijumpai pada pukul 10.03 pagi.

Katanya, mayat mangsa yang juga warga asing itu ditemui orang awam dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai sebuah bilik di rumah yang belum siap dibina.

“Lelaki itu bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia. Kes ini pada mulanya diklasifikasikan sebagai mati mengejut ekoran tiada unsur jenayah pada tubuh si mati mahupun tempat kejadian.

“Bagaimanapun, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di kepala akibat trauma tumpul,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan juga mendapati keseluruhan badan lelaki itu dipenuhi kesan lebam baru dan kesan cekik pada leher.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI