fbpx

UCL: PSG optimis bangkit di Camp Nou

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kylian Mbappe gagal membantu pasukannya raih keputusan positif di laman sendiri pada aksi suku akhir pertama UCL awal pagi tadi. Foto oleh AFP

PARIS – Ketua jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Luis Enrique optimis anak-anak buahnya akan bangkit selepas tewas 2-3 pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi.

Pada aksi di Stadium Parc des Prince itu, skuad tuan rumah gagal mengekang kebangkitan tuan rumah meskipun mendahului saingan 2-1 hasil jaringan Ousmane Dembele dan Vitinha.

Menurut Enrique, kekalahan seperti itu memang agak menyakitkan tetapi dalam masa yang sama percaya tiada apa yang mustahil pada aksi kedua di Camp Nou nanti.

“Saya tak rasa mereka menjadi pasukan pilihan untuk ke separuh akhir. Peluang kami masih ada dan kita berjaya beri tentangan sengit buat lawan.

“Saya akan merombak taktikal pada perlawanan kedua dan saya percaya peluang untuk pasukan bangkit di tempat lawan masih terbuka.

“Masih ada 90 minit perlawanan yang boleh dianggap seperti final dan kita perlu kekal positif,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN