fbpx

Kane kembali menghantui Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE tenang menyudahkan sepakan penalti menewaskan penjaga gol Arsenal, David Raya ketika seri 2-2 pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara di Stadium Emirates awal pagi tadi. - AFP

LONDON – Penyerang Bayern Munich, Harry Kane kembali ‘menghantui’ Arsenal apabila sekali lagi berjaya menjaringkan gol ke atas lawan itu sewaktu kedua-dua pasukan seri 2-2 pada suku akhir pertama Liga Juara-Juara di Stadium Emirates awal pagi tadi.

Bekas kapten Tottenham Hotspur itu menyempurnakan sepakan penalti selepas Leroy Sane dikasari tonggak pertahanan Arsenal, William Saliba untuk meletakkan Bayern mendahului 2-1 pada minit ke-32.

Ia adalah gol ke-15 berjaya dijaringkan oleh Kane terhadap Arsenal selepas berjaya merakam 14 jaringan ketika menyarung jersi Spurs dalam pertembungan derbi London Utara sebelum ini.

“Ia bukan perlawanan yang mudah kerana Arsenal adalah pasukan hebat. Mereka ketika ini menduduki tangga teratas Liga Perdana Inggeris.

“Kami terpaksa bertahan lama di kawasan sendiri, tetapi saya anggap ini adalah satu keputusan yang positif. Saya harap kami dapat lakukan perbezaan apabila bermain di laman sendiri nanti,” kata Kane.

Sementara itu, jurulatih Bayern, Thomas Tuchel berpuas hati dengan keputusan itu biarpun aksi tersebut dicemari insiden kontroversi selepas Arsenal mendakwa mereka sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti pada lewat permainan.

“Situasi sekarang amat jelas sekali bahawa pemenang aksi seterusnya akan layak. Jika kami dapat kekalkan kualiti sama seperti diperlihatkan hari ini, saya percaya kami boleh meneruskan kemaraan,” jelas Tuchel.

Bukayo Saka membuka tirai jaringan sebelum Serge Gnabry dan Kane memastikan Bayern mendahului dalam babak pertama, namun Arsenal bangkit menyamakan kedudukan melalui Leandro Trossard di separuh masa kedua. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI