fbpx

Foto cium suami, Shima Anuar dilabel tak hormat bulan mulia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Shima Anuar mencium bibir suaminya, Solih Toha.

PETALING JAYA – Gara-gara memuat naik foto mencium bibir suami, pelakon Shima Anuar dikecam ramai.

Perkara tersebut dikongsi dalam Instagram dipercayai ketika dia dan suami, Solih Taha meraikan hari jadinya yang ke-33.

Rata-rata berpendapat pasangan terbabit tidak menghormati kesucian Ramadan apabila memuat naik gambar intim walaupun sah sebagai suami dan isteri.

“Kemesraan dalam rumah tangga haram apabila dizahirkan kepada orang luar,” kata pengikut.

“Lebih baik padam sahaja foto pertama (gambar bercium). Tidak perlu tayang semua benda walaupun suami isteri,” ujar netizen.

“Rasanya tidak perlu kongsi gambar itu kepada umum. Lebih-lebih lagi sekarang bulan Ramadan,” tutur netizen lagi.

Dalam masa sama, pemilik nama sebenar Noor Hashimah Anuar itu turut menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang sudah memasuki tahun ketujuh.

“33 tahun muda, tujuh tahun perkahwinan bersama lelaki baik dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

“Selamat hari lahir buat saya dan selamat ulang tahun perkahwinan buat kami,” ujarnya dalam perkongsian sama.

Shima sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Solih pada 8 April 2017.

Perkahwinan mereka diserikan tiga cahaya mata iaitu Marian Sophia, 5, Mikhael Iman, 4, dan Harris yang berusia enam bulan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI