fbpx

Syukur bapa ‘pulang’ sebelum raya walaupun tidak bernyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal roda tiga ditemui bersama mayat Muhammad (gambar kecil) berhampiran kawasan pembinaan projek ERCL Kampung Banggol Katong, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang penjual ikan yang hilang setelah keluar rumah sejak Sabtu lalu ditemukan mati di kawasan semak berhampiran projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berdekatan Kampung Banggol Katong di sini hari ini.

Mayat Mohamad Ngah, 67, ditemukan bersama, motosikal Honda EX5 roda tiganya pada pukul 9.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pemeriksaan awal pada mayat lelaki warga emas yang dipercayai sudah meninggal dunia sekurang-kurangnya dua hari lalu itu tidak menemui sebarang kecederaan dan unsur jenayah.

“Pengecaman telah dilakukan salah seorang anak mangsa. Maklumat keluarga memberitahu mangsa menghidap penyakit jantung, diabetes dan sering pelupa sejak akhir-akhir ini.

“Siasatan lanjut sedang dilakukan dan mayat lelaki tersebut telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, anak sulung arwah, Muhammad, Nurul Izzah Mohamad, 33, berkata, keluarganya yang risau berikutan kehilangan bapa mereka sejak empat hari lalu reda walaupun hanya sekujur mayat ditemui.

“Biarpun harapan kami agar ayah ditemui selamat sekaligus dapat beraya bersama esok berkecai sekurang-kurangnya kami telah menemui biarpun sekadar mayatnya,” katanya.

Nurul Izzah berkata, jenazah bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru Serada di sini selepas solat Asar hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI