fbpx

Kes penipuan perniagaan dalam talian di Kelantan meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Sebanyak 220 kes penipuan perniagaan dalam talian (e-dagang) melibatkan kerugian RM753,000 dilaporkan di negeri ini bagi Januari hingga November tahun ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kelantan, Superintendan Ahmad Azizul Mohamed berkata, kes itu menunjukkan peningkatan iaitu bagi tempoh sama tahun lalu hanya 148 kes dengan jumlah kerugian RM555,000.

“Mangsa mudah tertipu kerana percaya dan teruja dengan tawaran harga jualan bagi pembeli atau harga belian untuk penjual yang tidak munasabah.

“Mereka sepatutnya tidak terburu-buru untuk membeli sesuatu barangan, bagi mengelak ditipu. Sebagai langkah berwaspada, orang ramai terlebih dahulu perlu membuat semakan status penjual dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurutnya, pelbagai modus operandi digunakan suspek untuk memerangkap mangsa bagi mendapat wang cara mudah.

Katanya, siasatan mendapati, hampir semua suspek akan menyamar yang kononnya hendak membeli dan menyatakan berada di luar negara.

“Kes penipuan e-dagang merupakan jenayah siber yang paling kerap dilaporkan, selain macau scam, love scam dan pinjaman tidak wujud,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI