fbpx

Duit simpanan RM130,000 hangus dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran bermula dari rumah sewa Jirawan sebelum merebak ke unit-unit lain. – Pattaya News

BANGKOK – Seorang peniaga terpaksa berputih mata apabila kehilangan wang simpanan berjumlah lebih 1 juta baht (RM129,558) selepas rumah sewanya musnah dijilat api, lapor laman berita Pattaya News semalam.

Kejadian berlaku semalam di daerah Banglamung, wilayah Chonburi.

Anggota bomba menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 3.34 pagi (waktu tempatan) dan bergegas ke lokasi kejadian.

Api marak merebak dengan pantas lalu memusnahkan tiga unit rumah perbandaran dua tingkat. Api hanya berjaya dipadam dalam masa dua jam.

Menurut laporan media tempatan, kebakaran bermula dari sebuah rumah yang disewa Jirawan Promchart, 28.

Jirawan berkata, dia sedang memasak nasi untuk dijual di pasar apabila terdengar bunyi letupan sebelum mendapati dapur gas terbakar.

Dia percaya kebocoran gas merupakan punca kebakaran.

Tambah Jirawan, duit simpanannya yang berjumlah lebih 1 juta baht turut musnah dalam kebakaran tersebut.

Tiada kecederaan dilaporkan, manakala punca kebakaran masih disiasat. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI