fbpx

Hilal Syawal dijangka ikut kriteria di tiga lokasi cerap Wilayah Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Umat Islam di Malaysia kemungkinan besar dijangka berpuasa hanya 29 hari ekoran ada beberapa lokasi pencerapan hilal dijangka memenuhi kriteria imkanur rukyah (KIR).

Ini termasuk di ketiga-tiga stesen pencerapan anak bulan Syawal di Wilayah Persekutuan di mana unjuran hisab atau hitungan falak menyaksikan hilal menepati kriteria ditetapkan.

Pada masa sama, perkara itu turut diakui Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Abdullah.

“Insya-Allah jika berdasarkan pengiraan data teknikal yang dilakukan sebelum ini, tidak mustahil tarikh 1 Syawal akan jatuh 10 April.

“Ini bermakna KIR di lokasi ini telah melangkaui syarat minimum iaitu altitud mestilah lebih tiga darjah dan elongasi kena tidak kurang enam darjah 24 minit,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Secara keseluruhan terdapat 29 lokasi yang diwartakan oleh pihak Majlis Raja-Raja untuk proses pencerapan hilal dan penetapan awal bulan bagi takwim Hijrah sepanjang tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI