fbpx

[VIDEO] TBS masih sibuk, ramai pulang beraya di saat akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana di TBS masih sesak dengan orang ramai yang inign pulang ke kampung halaman masing-masing sempena Aidilfitri, hari ini.

KUALA LUMPUR – Suasana di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini, masih sibuk apabila dipenuhi orang ramai yang ingin pulang ke kampung bagi meraikan sambutan perayaan Aidilfitri, dijangka Rabu ini.

Tinjauan Kosmo! di sini, mendapati orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bertemu keluarga meskipun terpaksa pulang pada saat akhir atas tuntutan kerja.

Bagi seorang pekerja kilang, Akidah Maidin, 32, berkata, dia memilih untuk mengambil bas pada hari ini kerana ingin menemani suaminya sebelum pulang ke kampung.

“Sejujurnya, memang sedih tak dapat beraya dengan suami kerana dia perlu bekerja. Jadi, saya ambil keputusan untuk balik hari ini.

“Sekurangnya, dapat teman dia berbuka puasa dan beli kelengkapan raya pada hujung minggu lalu,” katanya sebak ketika ditemui di TBS, di sini hari ini.

Sementara itu, bagi seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menetap di Labuan, Sabah, dia dan keluarganya terpaksa mengambil bas pada saat akhir apabila tiada penerbangan dijadualkan pada sebelah petang untuk ke Kedah.

Menurut Razul Al Nizar Md. Kassim, 34, mereka yang ingin pulang ke Kuala Nerang, Kedah perlu menempuh perjalanan lebih 13 jam selepas berlepas dari Labuan pada pukul 11 pagi.

“Kami sampai sekitar pukul 2 petang tadi dan akan menaiki bas pada pukul 6.30 petang. Mungkin sampai Kedah tengah malam nanti. Bagaimanapun, kami bersyukur sempat beli tiket bas,” jelasnya.

Selain itu, seorang pelajar pereka grafik yang mahu dikenali sebagai Sya, 19, berkata, dia tidak sabar untuk pulang ke Temerloh, Pahang, selepas lebih setahun menetap di ibu negara.

Anak bongsu daripada lapan beradik itu berkata, dia mengambil bas yang dijadualkan pada pukul 7.30 malam itu kerana perlu menunggu kakaknya pulang daripada kerja.

“Kakak saya kerja hari ini. Sebab itu kami balik lewat. Apa pun, tahun ini rasa istimewa sedikit sebab semua adik-beradik pulang termasuk mereka yang berkahwin,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI