ROM – Satu fenomena ‘cincin asap’ di sebuah gunung berapi di Itali menarik perhatian netizen dan menjadi tular di platform media sosial, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia.
Gunung Etna mengeluarkan lebih banyak asap daripada gunung berapi lain.
Ia berlaku disebabkan oleh pembebasan berterusan wap dan gas yang jarang terjadi kepada gunung berapi lain.
Menurut pakar, jisim gas yang meningkat dengan cepat melalui bahagian tengah saluran akan mendorong kepada pembentukan cincin dengan menyelubungi gas dalam pergerakan pusaran.
Fenomena ini membuatkan penduduk tempatan menamakan gunung berapi itu sebagai ‘Lady of the Rings’. – Agensi