fbpx

Kastam rampas 30.6 juta rokok bernilai RM2.14 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ENAM buah kontena berukuran kira-kira 6.09 meter ditahan di Pelabuhan Klang, Selangor pada 7 Disember lalu.

PUTRAJAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup 30.6 juta batang rokok menerusi penahanan enam buah kontena berukuran kira-kira 6.09 meter di Pelabuhan Klang, Selangor pada 7 Disember lalu.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata, jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM2.14 juta dengan jumlah duti dan cukai terlibat dianggarkan sebanyak RM20.4 juta.

“Kesemua kontena itu tiba di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang pada 5 Disember lalu.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh pasukan Unit Siasatan Frod Perdagangan (USFP) dengan kerjasama Cawangan Narkotik JKDM menemui rokok putih berjenama dimuatkan di dalam kontena-kontena tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abdul Latif berkata, siasatan awal mendapati tiada borang manifes sama ada manifes import mahupun pindahkapal (transhipment) diserahkan oleh nakhoda kapal atau ejen perkapalan bagi ketibaan dagangan itu seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 52 Akta Kastam 1967.

“Siasatan juga mendapati tiada dokumen perkapalan yang dapat menunjukkan bahawa kontena-kontena tersebut telah didaratkan untuk tujuan pindahkapal.

“Siasatan ke atas syarikat ejen perkapalan sedang giat dilakukan dan dalang di sebalik sindiket ini sedang dikesan,” katanya.

Katanya, kes sedang disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976 kerana disyaki melakukan kesalahan antaranya gagal menyerahkan manifes tidak kurang dari 24 jam sebelum ketibaan kapal di bawah Seksyen 52 (1) Akta Kastam 1967.

“Kesalahan lain ialah terlibat  dalam  mengimport  barang  tidak  berkastam  atau  barang  larangan di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 selain memiliki  barang yang mana duti eksais belum dibayar di bawah Seksyen 74(1)(a) Akta Eksais 1976,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI