fbpx

Vern’s tarik balik produk di 70 cawangan – Jakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vern's mohon maaf, garisan tali tumit tinggi disalah anggap. Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Pihak Vern’s Holding Sdn. Bhd. yang terpalit kontroversi rekaan kasut yang didakwa memiliki kalimah Allah mengambil tindakan drastik dengan menarik balik serta-merta produk itu di 70 cawangannya di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datin Paduka Hakimah Mohd. Yusoff berkata, pada masa sama, Vern’s turut menjelaskan kedudukan sebenar isu tersebut serta memohon maaf.

“Jakim memandang serius terhadap isu logo kasut yang didakwa mirip kalimah Allah yang tular di media sosial baru-baru ini.

“Isu ini jelas melibatkan sensitiviti umat Islam serta boleh menggugat perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Jelasnya, seperti diarahkan Menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar, Jakim turut mengadakan pertemuan dengan Pengasas dan Pengarah Urusan Vern’s, Datuk Seri Ng Chuan Hoo bagi tujuan siasatan.

Katanya, pihaknya juga meminta penjelasan mengenainya dan langkah-langkah pihak syarikat untuk mengelakkan isu seumpama itu berulang.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI