PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, angin kencang dan ribut petir di sembilan negeri sehingga pukul 6 petang hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, amaran cuaca buruk ini melibatkan kebanyakan kawasan di Semenanjung dan Sarawak serta dijangka akan berlarutan sebelum menjelang awal malam nanti.
“Di bahagian utara melibatkan Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Muallim).
“Dalam pada itu, hujan lebat dan ribut petir yang sama juga dijangka tertumpu di Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol), dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru),” ujarnya.
Sementara itu, cuaca buruk itu turut dikesan di Kelantan (Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah dan Machang) dan Pahang (Bera dan Rompin).
“Tambahnya lagi, taburan hujan lebat dan ribut petir itu juga diramalkan di Sarawak melibatkan kawasan Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu dan Miri (Subis) sehingga 6 petang hari ini,” ujar MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE