fbpx

[VIDEO] Atuk sedekah duit raya sambil tunggu cucu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar mamaparkan seorang lelaki memberi duit raya kepada murid sekolah ketika menunggu cucunya pulang keluar.

PETALING JAYA – Sifat pemurah seorang lelaki memberi duit raya kepada segelintir murid di sebuah sekolah ketika menunggu cucunya keluar sekolah mengagumkan orang ramai.

Situasi yang jarang dilihat oleh masyarakat dikongsikan @ricxxxkiddo di laman X yang memperlihatkan lelaki berusia itu menghulurkan wang kepada setiap kanak-kanak yang keluar dari pintu pagar sekolah.

Berdasarkan rakaman, budak-budak berkenaan jelas terkejut dan dengan gembira menunjukkan helaian wang kertas itu kepada ibu bapa mereka.

Meninjau ke ruang komen, rata-rata pengguna media sosial memuji perbuatan lelaki berusia itu sambil mengimbas kenangan bersama datuk mereka.

“Bagi waktu bulan Ramadan, melimpah-limpah pahalanya,” komen @rizzal.

“Atuk yang macam ini selalunya yang paling disayangi cucu. Semoga menjadi contoh kepada orang lain juga,” komen @dhadhahar.

“Mungkin itu hasil lebihan pencen, dan pakcik memilih untuk bersedekah,”

Sehingga kini, video ini mendapat 235,000 tontonan, 7,200 tanda suka dan 1,900 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI