WASHINGTON – Fenomena gerhana matahari penuh akan merentasi benua Amerika Utara hari ini dan menawarkan peluang yang jarang berlaku untuk orang ramai melihat langit petang bergelap seketika, lapor saluran berita NBC News.
Laluan gerhana diramal merentasi Mexico, 15 negeri Amerika Syarikat (AS) dan sebahagian timur Kanada.
Di semua negeri lain di AS, orang ramai akan menyaksikan gerhana matahari separa dengan bulan menutupi matahari dan mengaburkan sebahagian cahayanya.
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menganggarkan bahawa 31.6 juta orang tinggal dalam apa yang dikenali sebagai laluan keseluruhan, di mana gerhana matahari penuh akan dapat dilihat. – AGENSI