fbpx

Dua beradik yatim piatu sekelip mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Proton Persona dinaiki suami isteri yang maut dalam kemalangan di Kilometer 51.3, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik-Jeli, Gerik hari ini.-Foto IHSAN JBPM

GERIK – Dua beradik menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 51.3, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik-Jeli, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.20 tengah hari itu, pesara tentera, Kamizan Kasimon, 42, dan isterinya, Noor Asmah Mat Zainal, 38, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anak perempuan dan lelaki pasangan itu berusia tiga dan 10 tahun masing-masing cedera di dada dan dalaman badan.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Persona dinaiki keempat-empat mangsa dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Innova dipandu lelaki berusia 54 tahun.

“Kereta Proton Persona dalam perjalanan dari arah Gerik ke Jeli, manakala MPV itu dari arah bertentangan. Semasa tiba di lokasi kejadian, Proton Persona itu dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan melanggar MPV dinaiki enam sekeluarga,,” katanya di sini hari ini.

Zulkifli berkata, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat, manakala mangsa yang cedera turut dihantar ke hospital sama untuk  menerima rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI