fbpx

163 banduan Penjara Marang dibebaskan sempena Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada 163 banduan berpelukan dengan ahli keluarga masing-masing selepas dibebaskan dari Penjara Marang hari ini.

MARANG – Seramai 163 banduan Penjara Marang dilepaskan menerusi program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBLS) Ihsan Madani – Kepulangan Yang Dinanti sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut Rabu depan.

Pengarah Penjara Terengganu, Hamid Taha berkata, pembebasan berusia lingkungan 23 dan 55 tahun tersebut memberi ruang kepada mereka menyesuaikan diri dengan komuniti sebelum dibebaskan mengikut tempoh sebenar berakhirnya hukuman.

Beliau berkata, kesemua banduan yang dilepaskan berkenaan kesalahan-kesalahan kecil seperti mencuri di kedai runcit, menceroboh kawasan larangan dan memiliki dadah dalam amaun rendah.

“Semua mereka juga akan terus dipantau dan perlu melaporkan diri mengikut jadual ditetapkan oleh pihak penjara. Kita berharap pembebasan ini dimanfaatkan dengan penuh keinsafan dan kesyukuran untuk menjadi insan yang lebih baik pada masa akan datang,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI