fbpx

Tiada pengganti watak T’Challa dalam sekuel Black Panther

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Disney tidak akan menggantikan watak T'Challa lakonan mendiang Boseman dengan pelakon lain. - AFP

LOS ANGELES – Hanya akan ada seorang T’Challa. 

Kumpulan Syarikat Walt Disney mengumumkan tidak akan menggantikan tempat mendiang Chadwick Boseman yang memegang watak T’Challa dengan pelakon lain dalam filem sekuel Black Panther, kelmarin.

Pengumuman yang dibuat dalam satu pembentangan informasi berkenaan perancangan filem dan siri adi wira komik Marvel itu dianggap sebagai memberi penghormatan kepada Boseman yang terkenal dengan karakter adi wira tersebut.

Boseman meninggal dunia pada Ogos lalu selepas empat tahun bertarung dengan penyakit kanser usus. 

Kematian Boseman yang tidak pernah mendedahkan penyakitnya itu meletakkan sekuel filem Black Panther lakonannya dalam satu situasi yang meragukan.

“Karakter T’Challa dalam filem Black Panther adalah ikonik dan dalam kelas tersendiri berbanding watak hero lain dalam komik Marvel.

“Oleh kerana itu, kami tidak akan menggantikan tempat Boseman dengan pelakon lain,” kata Presiden Marvel Studios,  Kevin Feige ketika berucap pada Hari Pelabur Disney.

Namun begitu, sekuel yang sudah dirancang untuk filem pecah panggung 2018 itu akan tetap berjalan mengikut perancangan.

“Filem sekuel Black Panther akan diteruskan dengan pengembangan cerita watak-watak lain yang masih ada ,” kata Feige.

“Bagi menghormati legasi yang ditinggalkan Boseman dalam membantu kami memperkenalkan Wakanda kepada peminat, kami ingin terus meneroka dunia tersebut,” kata pengarah asal Black Panther, Ryan Coogler.

Filem ‘Black Panther’ menjadi filem komik pertama yang dicalonkan dalam kategori gambar terbaik di Anugerah Oscar dan mengutip keuntungan melebihi AS$1 bilion (RM4 bilion) di seluruh dunia.

Filem sekuel Black Panther dijangka menemui penonton pada Julai 2022. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI