fbpx

Umat Islam Arab Saudi lihat anak bulan Syawal esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramadan di kebanyakan negara Arab termasuk Arab Saudi bermula pada 11 Mac lalu. – AFP

RIYADH – Mahkamah Tinggi Arab Saudi menyeru semua umat Islam negara itu untuk melihat anak bulan Syawal pada esok bagi menentukan tarikh Hari Raya Aidilfitri, lapor laman berita Arab News.

Dalam pengumumannya, mahkamah meminta mana-mana individu yang melihat anak bulan Syawal dengan mata kasar atau menerusi teleskop supaya melaporkannya ke mahkamah atau pusat pentadbiran terdekat.

Ramadan di kebanyakan negara Arab termasuk Arab Saudi bermula pada 11 Mac lalu.

Sekiranya anak bulan Syawal tidak kelihatan pada esok, Selasa akan menjadi 30 Ramadan 1445. Justeru, Aidilfitri di negara itu akan disambut pada hari Rabu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI