fbpx

Tiada larangan berbasikal, tapi perlu patuhi undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Penunggang basikal dinasihatkan agar sentiasa patuh kepada peraturan serta undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan demi menjamin keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, walaupun tiada larangan untuk melakukan aktiviti berbasikal namun penunggang basikal dinasihati agar sentiasa patuh kepada undang-undang yang telah ditetapkan.

“Sejak kebelakangan ini aktiviti berbasikal di jalan raya menjadi satu trend baharu rakyat Malaysia sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dan mendatangkan bahaya kepada penunggang basikal serta pengguna jalan raya yang lain.

“Statistik sepanjang Januari sehingga Oktober tahun ini menunjukkan sebanyak 137 kes iaitu 56 kematian, 18 kecederaan parah dan 63 kecederaan ringan telah dilaporkan melibatkan kemalangan penunggang basikal,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Azisman, JSPT ingin menegaskan bahawa aktiviti berbasikal di jalan raya boleh mengganggu kelancaran perjalanan kerana kenderaan lain turut menggunakan laluan sama setiap masa yang boleh mengundang risiko kemalangan.

“Pemandu kenderaan seperti lori, bas, kereta dan motosikal seumpamanya turut diingatkan supaya bertimbang rasa dan lebih berhati-hati ke atas penunggang basikal kerana mereka ini amat terdedah kepada bahaya semasa berada di atas jalan raya.

“Mereka yang ingin melakukan aktiviti berbasikal juga dinasihati agar memilih lokasi dan masa yang sesuai seperti di kawasan yang kurang kenderaan dan bukan di waktu puncak ketika orang ramai dalam perjalanan pergi dan balik kerja,” jelas beliau.

Mengulas lanjut, Azisman berkata, pemilik basikal turut perlu memastikan bahawa peralatan dan basikal yang akan digunakan hendaklah mempunyai ciri-ciri keselamatan termasuk menggunakan ‘roof rack carrier’ pada kenderaan untuk mengangkut basikal.

“Mana-mana individu yang melakukan kesalahan semasa menunggang basikal di atas jalan raya boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959,” tegas beliau. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI