Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) eratkan ukhuwah bersama warga IPT
Oleh MUHAMMAD IKHWAN IDERIS
8 April 2024, 7:51 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meneruskan tradisinya berkongsi rezeki bersama warga Institut Pendidikan Tinggi (IPT) serta masyarakat setempat menerusi Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) yang berlangsung di 14 IPT dan Politeknik seluruh negara, bermula 19 Mac hingga 3 April lalu.
Program IMRAN merupakan inisiatif signature di bawah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PTPTN
sejak tahun 2021 bagi menjalin hubungan baik dengan masyarakat khususnya pelajar, pengurusan
dan warga IPT, sambil meraikan golongan memerlukan serta yang kurang bernasib baik.
Ia melibatkan aktiviti gotong-royong antara kakitangan PTPTN dan IPT, anggota Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta para pelajar sendiri dalam menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan kepada warga IPT dan masyarakat setempat.
Bagi tahun 2024, program IMRAN tidak terhad kepada penyediaan bubur lambuk semata-mata, sebaliknya turut diperluaskan dengan menyediakan juadah untuk berbuka puasa.
Dianggarkan sebanyak 10,500 bekas bubur lambuk dan juadah berbuka puasa diagihkan pada Program IMRAN tahun ini melibatkan 14 IPT di seluruh negara.